Saturday, January 18, 2014

AL kisah..SEMINAR S.P.A OUTREACH



  ;).. Al kisah ni berlaku masa cari2 kerja kosong..ops! tjumpa la psl semnr ni...saje nak try and ase cm x rugi dtg..seyes, byk tips n ilmu yang manfaat buat dri ni..





 Putrajaya - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangkakan kira-kira 100,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam untuk diisi pada tahun ini.

Menurut Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam, kekosongan jawatan itu melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

Kebanyakan kekosongan di peringkat kumpulan sokongan memandangkan lebih 70 peratus jawatan dalam perkhidmatan awam ketika ini diisi kumpulan itu.

SPA akan sentiasa memastikan calon-calon yang dilantik dalam perkhidmatan awam bukan sahaja memiliki kelulusan, kelayakan dan kebolehan, tetapi juga mempunyai kualiti teras antaranya cepat dan tepat, serta produktif, kreatif dan inovatif.

Sehubungan itu calon-calon yang berminat menyertai perkhidmatan awam dipelawa menyertai seminar dan kursus Tip Panduan bagi Memasuki Perkhidmatan Awam yang akan diadakan di seluruh negara bermula esok.

  ;) ohoii...
search lagi  untuk maklumt  lanjut ..and daftar..





 ;) 12 januari 2014 (ahad)..

Perasmian dan Briefing/ice breaking:

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih  kepada YBrs. ENCIK BOON JON LIN.
Beliau  telah memberi pengenalan dan  hala tuju  seminar dengan baik dan jelas.

Antara perkara2 yang telah disampaikan oleh beliau:
§      Soalan bocor yang bakal dibincangkan..
§      Persediaan yang perlu dilakukan.
§      Pendekatan 9 elemen.
§      Ujian yang bakal diambil oleh calon.
§      Personaliti dan pemikiran yang diambil kira.
§      Pengetahuan yang calon mengambil tahu (dasar2 kerajaan baru/ditambah).

Rumusan:
  •  Seminar “TIPS dan PANDUAN MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM” adalah bertujuan memberi maklumat tepat dan  terperinci mengenai pengambilan yang dilakukan oleh S.P.A.
  •   Persediaan yang perlu dilakukan oleh calon  contohnya  Post mortem (mengetahui apa KELEMAHAN kita) dan soalan jangkaan yang bakal diberi.
  •   9 elemen penting ini :
a.       CTI
b.      PKI
c.       ROF
*Erti dan nilai elemen adalah penting

  •     Exam,,Assessment centre,,Interview



  •   Personaliti  & pemikiran  
   
ü  hardworking
ü  critical thinking : kematangan dan rasional jawapan disertakan bukti hujah
ü  holistic : gambaran jelas misi, visi, skop tugasan
ü  futuristic : dapat mengalas amanah kerajaan apabila menjadi penjawat
                  awam  pada masa akan datang. Berpotensi tinggi .
  • Knowledge

Sememangnya ia amat berkait rapat dengan perkara di atas namun dinilai dalam bentuk yang berlainan. Personaliti dan pemikiran lebih kepada pembentukan dalaman  seseorang individu dalam memberi jawapan terhadap soalan yang diberi dan akan dinilai dari sudut tersebut.Manakala pengetahuan adalah perkara yang diambil tahu oleh calon atau lebih tepat pengetahuan yang calon miliki atas sesuatu  dasar yang telah diketengahkan atau dilaksanakan oleh kerajaan.

ü  Pasaran  2014 : Cukai keuntungan
                                                  : Pasaran  harta
   *jawapan secara analitikal dan kritikal.contoh  kos/ harga naik  pandangan dan  kematangan 
      kita tentang isu tersebut.                            
                                                     


Kesimpulan

Persiapkan diri kita.kesungguhan kita akan mendatangkan hasil dan pengetahuan dapat melayakkan  kita untuk  jawatan  yang  dipohon.Harapan  Tuan  YBrs. ENCIK BOON JON LIN agar calon yang datang bersama RIGHT MIND SET and WORLD CLASS QUALITY yang mampu menghadapi cabaran sengit dalam merebut tempat sebagai penjawat awam.

                                              


























No comments:

Post a Comment